Pasukan kami
Pasukan eksekutif Containerchain terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang mendalam dalam bidang teknologi, logistik, perniagaan dan kewangan.
Adam Shapiro
Ketua Pegawai Kewangan
Sebagai seorang CFO, Adam bertanggungjawab ke atas seluruh hal-hal kewangan kumpulan, belanjawan, tadbir urus dan kesetiausahaan syarikat termasuk berkongsi pemantauan dalam beberapa jabatan dalam kumpulan seperti undang-undang, perolehan dan pentadbiran. Sebagai sebahagian daripada peranan tadbir urus yang dipegang, Adam juga memegang jawatan sebagai Pengarah bagi seluruh syarikat subsidiari yang beroperasi di bawah kumpulan.
Adam mempunyai latar belakang kewangan korporat selama lebih daripada 20 tahun di Amerika Syarikat dan di Australia, dan separuh daripada tempoh tersebut telah dihabiskan dengan bekerja di firma khidmat profesional global dan separuh lagi sebagai CFO di syarikat teknologi baharu.
Adam memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada University of Miami (Florida).