Pasukan kami
Pasukan eksekutif Containerchain terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang mendalam dalam bidang teknologi, logistik, perniagaan dan kewangan.
Tony Paldano
Founder and Director
Tony merupakan seorang usahawan teknologi yang berjaya dengan pengalaman selama hampir dua dekad dalam mereka dan menyampaikan penyelesaian teknologi inovatif kepada rantaian bekalan logistik kontena.
Containerchain yang diterajui oleh beliau telah berkembang menjadi sebuah komuniti pelabuhan perkhidmatan dan perniagaan-perniagaan logistik yang berkaitan di 10 negara di 3 benua. Beliau kerap memberikan ceramah di persidangan-persidangan industri tentang kuasa kejuruteraan semula dan pendigitalan untuk menggabungkan keseluruhan rantaian dan beroperasi secara lebih menguntungkan.
Tony mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Rantaian Bekalan daripada RMIT University, Australia.